BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Pages

Profil

SEJARAH SEKOLAH AGAMA DATUK HAJI ABDUL KADIR HASSAN

Latar Belakang Sekolah
Pada awal penubuhannya, sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Rendah Majlis Agama Islam Sarawak. Ianya ditubuhkan pada 4 Januari 1985 dengan 56 orang pelajar dan 7 orang guru termasuk Guru Besar.
Sekolah ini mula beroperasi di Dewan BINA (HIKMAH) dan kemudian berpindah ke bangunan lama Madrasah Melayu di Jalan Jawa untuk sementara waktu. Ketika itu sekolah ini di bawah bidang kuasa pentadbiran Majlis Islam Sarawak.
Sekolah ini telah dirasmikan pada 24 September 1988 oleh Ketua Menteri Sarawak dan ianya juga dirasmikan dengan nama Madrasah Datuk Haji Abdul Kadir Hassan beliau merupakan seorang Mufti Negeri Sarawak yang kedua.
Sekolah ini didaftarkan dengan nama Sekolah Kebangsaan Agama Datuk Haji Abdul Kadir Hassan yang beralamat di Jalan Sultan Tengah Petra jaya Kuching, Sarawak.

Rasional Penubuhan Sekolah Rendah Agama Majlis Islam Sarawak
Sekolah rendah biasa sama ada dari segi bentuk atau kandungannya masih belum dapat memenuhi hasrat untuk melahir dan membentuk individu muslim yang beriman bertakwa dan beramal kepada Allah. Penekanan terlalu bersandarkan kepada pendidikan sekular sehingga menimbulkan ketidakseimbangan di antara pertumbuhan akal, roh dan jasad.
Kanak-kanak yang cerdas perlu diberi kesempatan dan peluang untuk mendapat bimbingan dan tunjuk ajar daripada guru-guru yang berkelayakan dan berwibawa dalam suasana persekolahan yang serba mencukupi sekiranya kita mahu melihat potensi mereka berkembang ke paras maksima. 
Usaha untuk melahirkan individu Islam yang bermutu dan berwibawa hendaklah dimulakan dari peringkat sekolah rendah. Masyarakat telah menyedari tentang perlunya diperseimbangkan di antara pendidikan sekular dengan pendidikan keagamaan sekiranya kita mahu membentuk individu Islam yang berketrampilan dan bersahsiah tinggi dan terpuji. Sekolah sebagai gedung ilmu adalah tempat yang paling sesuai dan terbaik bagi membolehkan penghayatan hidup beragama.

LOGO



Hijau dan Kuning            -    Islam,
Merah                           –    Semangat Berdaya Saing,
Biru                              –    Ilmu Pengetahuan Yang Luas,
Putih                            –    Kesucian dan Kebersihan,
Huruf Aliff                     –     Allah, Agama dan Ilmu Dunia Akhirat,
Huruf A                         –     Cemerlang Akademik dan Kokurikulum,
Bentuk Bujur Telur         –      Produktiviti yang Berkualiti.

 VISI 
SK (A) Datuk Haji Abdul Kadir Hassan Gemilang Menjelang 2012.

MISI
Adalah Kami Warga SK (A) Datuk Haji Abdul Kadir Hassan Komited Untuk Melahirkan Insan Yang Berilmu, Beriman, Dan Beramal Dalam Menghadapi Pelbagai Cabaran Untuk Mencapai Kegemilangan  Dunia Dan Akhirat.

MOTTO
" Berilmu, Beramal Dan Beriman "

SLOGAN SEKOLAH
" Big Fast Result "

SLOGAN MURID DAN GURU
" Murid Belajar, Guru Mengajar "
" Student Learn, Teacher Teach "

LAGU SEKOLAH
Berilmu, beriman, beriman,
Cogan  kata kita,
Belajar, belajr, belajar,
Cari pengetahuan.
Kita mencari ilmu,
Berjaya dan maju,
Tingkatkan keimanan,
Taqwa pada Tuhan.
Rajinlah belajar, belajar,
Jangan buang waktu,
Taat ibubapa, ibubapa,
Taat pada guru.
Allah berikan berkat,
Berikan rahmat,
Kita tetap berjaya,
Dunia dan akhirat.
Dalam mencari ilmu,
Jangan rasa jemu,
Belajar dengan tekun,
Berdoa dan memohon,
Pada Allah yang esa,
Segala diusaha,
Kita tetapkan berjaya,
Di sepanjang masa.
Kitalah muslimin, muslimin,
Muslimat sejati,
Sedia beriman, beriman,
Sedia berbakti,
Berilmu dan beriman,
Taqwa pada Tuhan,
Kita harapan bangsa,
Pembela agama.