BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Pages

Dec 22, 2010

Fasal Ibu - Sesal Kemudian Tidak Berguna

Ketika berusia setahun, ibu suapkan makanan dan mendidik kita. Cara kita ucapkan terima kasih kepadanya hanyalah dengan menangis sepanjang malam.
Menjelang usia tiga tahun, ibu menyediakan makanan dengan penuh rasa kasih sayang, kita ucapkan terima kasih dengan menumpahkan makanan ke lantai.
Ketika berusia empat tahun, ibu membelikan sekotak pensel warna, kita ucapkan terima kasih dengan menconteng dinding.
Berusia lima tahun, ibu membelikan sepasang pakaian baru, kita ucapkan terima kasih dengan bergolek-golek dalam lopak kotor.
Setelah berusia enam tahun, ibu memimpin tangan kita ke sekolah, kita ucapkan terima kasih dengan menjerit "tak nak tak nak!"
Apabila berusia tujuh tahun, ibu belikan aiskrim, kita ucapkan terima kasih dengan mengotorkan pakaian ibu.
Menjelang usia tiga belas tahun, ibu suruh memakai pakaian yang menutup aurat, kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan memberitahu pakaian itu tidak sesuai.
 Ketika berusia empat belas tahun, ibu terpaksa mengikat perut malah bergadai emas dan harta untuk membayar wang persekolahan dan asrama, kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan tidak menulis sepucuk surat pun. Semasa bercuti kita asyik mengunci pintu bilik. Ketika ibu sedang menunggu panggilan penting, kita bergayut di telefon sepanjang malam.
Menjelang usia remaja,ibu menangis gembira apabila mendapat tahu kita diterima masuk ke IPTA, kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan bersukaria bersama kawan-kawan.
Berusia dua puluh tahun,ibu bertanya sama ada kita ada teman istimewa, kita kata, 'itu bukan urusan ibu.' Apabila ibu memberikan pandangan mengenai kerjaya, kita kata,"Saya tak mahu jadi seperti ibu".
Ketika berusia dua puluh lima tahun, ibu bersusah payah menangging perbelanjaan majlis perkahwinan kita. Ibu menangis dan memberitahu betapa dia sangat sayangkan kita, tapi kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan berpindah jauh.
Ketika berusia empat puluh tahun, ibu menelefon mengingatkan mengenai kenduri-kenduri di kampung, kita berkata"Kami sibuk, tak ada masa nak datang".
Berusia lima puluh tahun, ibu jatuh sakit dan meminta kita menjaganya, kita bercerita mengenai kesibukan dan kisah-kisah ibu bapa yang menjadi beban kepada anak-anak.

DAN kemudia suatu hari, kita mendapat tahu berita ibu meninggal. Khabar itu bagaikan petir! Dalam lelahan air mata, barulah segala perbuatan kita terhadapa ibu menerpa satu persatu'

***Jika ibu masih ada, sayangi dia. Jika telah meninggal, ingatlah kasih dan sayangnya.
**** Sayangilah ibu......kerana kita semua hanya ada seorang ibu!
*****************************************